The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

Selangor Mahu Ulangi Permulaan Cemerlang 2020 Menentang Pahang (Liga Super 2021)

Mar 05, 2021 - FAS

Perlawanan pertama home Liga Super 2021 bakal menyaksikan Selangor melayan kunjungan pasukan Sri Pahang FC pada 6 Mac ini jam 9 malam.

Untuk rekod, kali terakhir Selangor FC bertemu Sri Pahang FC adalah juga dalam perlawanan pertama Liga Super 2020 yang menjadi kemenangan pertama Red Giants musim tersebut dengan keputusan 2-1, jaringan Ifedayo Olusegun dan Brendan Gan di Stadium Darul Makmur.

Perlawanan ini juga bakal menjadi aksi kompetatif pertama rasmi Karsten Neitzel sebagai pengendali pasukan utama Selangor FC musim 2021 yang telah diumumkan pada bulan Disember yang lalu.

Setelah menjalani program pramusim dan beberapa perlawanan persahabatan sebelum sepak mula, Karsten menyatakan matlamat Selangor FC musim ini adalah untuk berikan yang terbaik demi mengembirakan para penyokong dengan aksi yang diberikan.

“Saya gembira bola sepak kembali setelah sekian lama. Barisan jurulatih Red Giants FC telah merancang dengan terperinci bagi perlawanan pertama menentang Sri Pahang FC dan matlamat utama adalah untuk memberikan yang terbaik dan membuat penyokong gembira.”

Disoal mengenai kesebelasan terbaik pilihannya dalam menghadapi skuad Tok Gajah, Coach Karten memberikan komen berikut:

“Dalam pemerhatian saya, pasukan Selangor FC mempunyai lebih daripada 11 pemain yang layak disenaraikan dalam kesebelasan utama dan setiap daripada mereka penting dalam perlawanan ini dan perlawanan-perlawanan yang telah dijadualkan oleh pihak Malaysia Football League (MFL) yang akan datang.”

Dari segi keberadaan pemain untuk perlawanan pertama Liga Super untuk Sabtu ini, pasukan Selangor FC terpaksa melupakan khidmat pemain sayap lincah terbaharu, Nik Sharif Haseefy kerana kecederaan sprain lateral di buku lali kiri dan K. Sarkunan ekoran kekejangan lutut kiri.

Namun begitu, penyokong Selangor berpeluang untuk menyaksikan aksi debut Liga Super pertama Hakim Hassan, Shahrel Fikri, R. Dinesh, Tim Heubach, Oliver Buff, Manuel Konrad, Danial Asri, Sharul Nazeem dan Sikh Izhan dalam jersi Selangor FC esok.

Semoga tiga mata penuh berjaya diraih Selangor dalam perlawanan home pertama Liga Super 2021. Semoga berjaya, Gergasi Merah.

Demi Kebanggaan!